Followers

Tuesday, November 15, 2011

Maafkan Ibu, sayang...

Aku nak cite ni dulu, nanti aku cite tentang konvo (wahhh konvo tuuu) adik..tak sabar asenye nak kongsi ni...
Pada mulanya aku tengok adik beratur (ade snap gambar tapi ntah camne tetiba gambar corrupt, cukup ase tercabar nak campak henpon tu tapi mengenangkan takde wit nak beli baru so sabaaaaaaarrr je laaa)...
yang aku tau Adik dapat no.3 di tadikanye tapi nape Adik beratur no.2 ek.. ke nak menyatakan perempuan yang tinggi dapat markah sebab No.1 dan No.2 adalah lelaki dan No.3 adalah Adik..
Tapi bila org pertama yang dipanggil sebagai 'Superb Reader', terfikir jugak aku, hisshhhh takkan la Adik dapat anugerah tu jugak kan sebab seperti yang aku btau, dia agak slow dari Kakak... Kakak dah pandai baca dari umur 3tahun lagi tapi Adik baru mengenal huruf pada umur 6tahun, so tak mungkin la kan...
Bila turn Adik, teacher dia menggambarkan Adik seorang yang manis, yang amat teliti membuat kerja, yang rajin bertanya dan siapkan kerja2 yang diberi malah yang patuh cakap guru. 'Adik telah berjaya membaca buku English sebanyak 15 buah buku dan buku Melayu sebanyak 16 buah buku, dengan itu Adik diberi penghargaan sebagai Superb Reader Award'..
MasyaAllah.. rasa nak pengsan jap masa tu sebab aku tak pernah expact Adik secemerlang ini..
Aku, Ibu yang mengandungkannya dan yang melahirkannya ofkos cukup terharu dengan pencapaian Adik iaitu anak yang aku anggap slow..slow..slow dan kini lebih maju tanpa aku sendiri sedari..
Aku rasa malu pada diri aku sendiri kerana menilai anak2 aku sedemikian rupa..
Maafkan Ibu, sayang...
Ibu alpa dengan kepandaian Kakak hingga menutup kerajinan usahamu untuk mencapai sehingga ke tangga ini.. Maafkan Ibu..
Lepas ni Ibu janji tidak akan memperkecilkan dirimu lagi dan membanding2kan dirimu dan Kakak, maafkan Ibu ye sayang....
Anyway TAHNIAH semoga anak2 Ibu kelak akan lebih rajin berusaha untuk menuju kejayaan..
Jangan sekali2 lupakan Ibu dan Abah terutama maktok ye sayang...


Inilah yang Adik dapat atas usaha penat lelahnye mencapai kecemerlangan tana Ibu sedari...





1 luvbite for me:

Amna Faqiha said...

Tahniah buat adik..bestnya kan ..anak2 brjaya dr kecil.smoga trus cemerlang..akak dok pening nk hantar amna kat tadika mana thn dpn..